Saya Nurul Syakila Azwa Binti Mohd Nazir ingin menceritakan tentang Sumbangan Tamadun Dalam Bidang Perubatan.Terdapat ramai tokoh dalam bidang perubatan yang kita ketahui. Antara tokoh- tokoh islam dalam bidang perubatan pada zaman ini ialah Al-Razi, Ibnu Sina, Al Zahrawi, Ali Ibnu Abas dan Al-Haytham.Karya ahli perubatan islam telah dibukukan dan dijadikan rujukan serta buku teks untuk pendidikan kedoktoran di Eropah hingga beberapa abad lamanya...
Ibnu Sina
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Hussain Ibnu Abdullah Ibnu sina. Orang barat memanggilnya dengan panggilan Avicenna. Ibnu Sina merupakan seorang cendikiawan islam yang memiliki pelbagai bidang ilmu. Antaranya tentang falsafah- falsafah dan perubatan..
Antara sumbangan utama beliau terhadap dunia perubatan ialah:
a)Telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam ilmu perubatan
b)Penemuan beliau dalam bidang perubatan yang dikenali pada hari
ini sebagai psikosomatis(psikosomatic medicine)
c)Memperkenalkan ilmu diagnotis untuk mengenalpasti ketidakseimbangan humur yang berkenaan dan ia masih dipraktikkan oleh para doktor muslim di Pakistan, Afganistan dan Parsi.
d)Seorang doktor dari Amerika melaporkan bahawa para hakim di afganistan, China dan India dan parsi sangat berkebolehan dalam menentukan penyakit melalui denyutan jantung
e)Menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan.
f)Ibnu Sina adalah doktor yang pertama yang mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (pulmonary tuberculosis) adalah penyakit yang boleh berjangkit.
Al-Razi
Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Al-Razi. Beliau lebih terkenal dengan panggilan al-Razi. Selain dari itu, beliau lebih terkenal dengan panggilan Rhazes di kalangan orang barat. Al-Razi dikenali sebagai Galen Arab dan beliau berasal daripada Parsi. Beliau juda adalah guru kepada Ibnu Sina. Dilahirkan pada tahun 863M di Bandar Rai berdekatan dengan Bandar Teheran. Beliau meninggal dunia pada tahun 925M(312Hijrah) ditempat yang sama. Beliau mendapat pendidikan awal di Baghdad yang menjadi pusat Bandar empayar Abbasiyyah yang juga menjadi pusat pendidikan. Pemerintah islam pada ketika itu menggalakkan orang ramai dalam pencarian ilmu dengan memberi kemudahan-kemudahan seperti hospital-hospital dan perpustakaan untuk melakukan penyelidikan.
Beliau memperkenalkan beberapa kaedah dalam ilmu farmasi antaranya
a)Penggunaan ubat untuk melawaskan buang air besar secara lembut(Milld purgatives)
b)Pembekaman (mengeluarkan darah) bagi kes-kes “apoplexy” (kehilangan kegunaan deria) disebabkan kepecahan urat darah dalam otak.
c)Penggunaan air sejuk bagi demam yang melarat
d)Mencipta seton (jenis benang) dan penggunaan dalam kes-kes luka.
Menurut Ali bin Abbas al Majusi yang meninggal dunia 60 tahun selepas Al-Razi kitab Al-Hawi mengandungi
a)Cara menjaga kesihatan
b)Mengubati penyakit melalui cara makanan.
c)Mengenal tanda-tanda penyakit
Sumbangan lain Al-Razi dalam perubatan islam ialah pengasingan alkohol dan mendorng kegunaanya sebagai anti septik. sebuah lagi kitabnya yang bernama kitab Al asrar (the book of secrets) telah diterjemah kedalam bahasa latin adalah sumber utama maklumat bahan kimia hingga abad 14M.
Abu Qassim Khal;af Ibnu Abbas al—Zahraawi (936-1013M)
Tokoh pembedahan yang handal dan masyur ini dikenali di Eropah dengan nama Abulcasis.Beliau dilahirkan di Bandar Di Raja al-Zahrah dalam tahun 936M. Pendidikan yang diperolehi oleh beliau ialah dalam Cordoba iaitu sebuah pusat perniagaan dan pendidikan di bahagian Sepanyol Islam.Bandaraya ai-Zahrah dan Cordoba adalah berhampiran. Beliau dipercayai mengamalkan profesionnya di Bandar ai-Zahrah sebagai seorang pengamal perubatan,pakar bedah dan Pharmacist.
Sumbangan beliau dalam bidang perubatan dapat difahami dari buku al-Tasrif.Buku yang dihasilkan oleh al-Zahrawi ini diberi banyak gelaran seperti kitab al-Zahrawi.Nama penuh buku ini ialah Kitab aal-Tasrif Liman Ajiza an al-talif, yang secara ringkas disebut al-Tasrif sahaja.
Sumbangan beliau dalam bidang perubatan dapat difahami dari buku al-Tasrif.Buku yang dihasilkan oleh al-Zahrawi ini diberi banyak gelaran seperti kitab al-Zahrawi.Nama penuh buku ini ialah Kitab aal-Tasrif Liman Ajiza an al-talif, yang secara ringkas disebut al-Tasrif sahaja.
Al-Tasrif mengandungi 30 bahagian yang dikumpul menjadikan satu buku.Buku ini meliputi tajuk-tajuk –tajuk yang luas dan menyentuh pelbagai bidang perubatan.Satu salinan al-Tasrif dianggarkan berjumlah lebih kurang 750 folio ataupun 1500 muka.
Dalam abad ke-12 M. dan ke-13M, banyak hasil karya Arab telah diterjemah ke bahasa latin dan bahasa asing yang lain.Karya al-Zahrawi mula terkenal di Barat pada pertangahan abad ke-12 M. Selepas ini nama al-Zahrawi mulai harum sebagai ahli bedah dan ketokohannya disamakin dengan Celcus dan Paulus Aeginate dalam bidang perubatan.
Melalui terjemahan Gerard, al-Zahrawi memjadi terkenal dalam awal abad ke-13 M. di Itali . Dalam separuh abad ke-13 M ramai pengamal perubatan dari Itali berhijarah ke Perancis dan membawa bersama mereka ilmu al-Zahrawi .Penghijrahan ini dianggap sebagai asas permulaan pembedahan rasionaldi Perancis.
Buku yang ditulis oleh ai-Zahrawi memenuhi 3 perkara penting
1. Memberi nasihat dan anjuran yang baik untuk meningkatkan bidang kesihatan dan berguna untuk penuntutnya dan pengamal perubatan yang lain.
2. Alat dan teknik yang digunakan oleh al-Zahrawi dibicarakan dengan terperinci dan beliau menggunakan pendekatan moden terhadap proses-proses yang dibuat olehnya.
3. Beliau mencadangkan kesenian perubatan yang terbaik untuk ketika itu. Beliau dengan jelas memberi keterangan mengenai cara rawatan, persedian ubat, dan penyimpanan ubat di bawah keadan unggul dan cara terselamat pemberian ubat dan diet.Kesemua anjuran yang dibuat olehnya adalah amat bersesuaian sekali dengan prinsip-prisip perubatan yang wujud pada ketika itu.
Kesimpulan:
Pada zaman ini berlakunya perkembangan ilmu pengetahuan ilmu yang pesat dan lahirnya teori-teori baruhasil penyelidikan dan pengkajian ilmu dengan cara terpeinci dan saintifik.Karya ahli perubatan islam telah dibukukan dan dijadikan rujukan serta buku teks untuk pendidikan kedoktoran di Eropah hingga beberapa abad lamanya. Antara tokoh perubatan islam pada zaman ini ialah Al-Razi, Ibnu Sina, Al Zahrawi, Ali Ibnu Abas, Al-Haytham...Dengan ini kita dapat mengetahui tentang ilmu perubatan daripada tokoh-tokoh yang kita ketahui dalam blog tersebut...selain itu,kita juga dapat mengetahui tentang sumbangan daripada tokoh-tokoh dalam bidang perubatan....dengam ilmu tokoh-tokoh tersebut...kita dapat mengetahui tentang perubatan daripada tokoh tersebut...
Untuk mengetahui dengan lanjut,disini saya sertakan link di bawah. (^_^)
*Di harapkan agar perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua*
oleh: mohd isa bin Mohamad Ashaari(isa-VR4)
tugasan:falsafah sains dan teknologi dari perspektif islam-perubatan(universiti teknologi Malaysia)
Tarikh: Rabu, 21 Mei 2003 @ 15:37:31
http://www.ukhwah.com/print.php?sid=52
No comments:
Post a Comment