Assalamualaikum w.b.t,kumpulan kami telah memilih Zaman jahiliyah sebagai bahan kajian bagi projek AC 301.Saya bernama Nik Nur Zulaikha,no matrik 19DNS13F1002.
Saudara & saudari sekalian,zaman jahiliyah dikatakan zaman sebelum turunnya Al-Quran,masyarakat pada zaman ini dikatakan masih lagi buta tentang apa yang benar dan yang salah(bodoh dan jahil).
Menurut Doktor Mahyuddin, zaman jahiliah ialah kira-kira 300 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., iaitu selepas kejatuhan Kerajaan Sabak.
Tempoh Zaman Jahiliah
Carta masa:jangka masa zaman jahiliah. 300 masehi - 610 masehi.
Tarikh
|
300 Masehi
|
500 Masehi
|
610 Masehi
|
Peristiwa
|
Pecahnya Empangan Maarib.
|
Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
|
Turun wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w dan bermulalah zaman Islam
|
Menurut Doktor Mahyuddin, zaman jahiliah ialah kira-kira 300 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., iaitu selepas kejatuhan Kerajaan Sabak.
- Zaman tidak mempunyai nabi dan kitab suci.
- Tidak mempunyai peradaban dan ketamadunan.
- Masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.
- Masyarakatnya jahil dan tidak boleh membaca dan menulis.
Zaman tersebut dianggap zaman kegelapan kerana masyarakat Jahiliah menyembah berhala dan animisme.
Masyarakat pada zaman ini juga hidup secara berkabilah. Kabilah adalah satu kelompok besar yang wujud berdasarkan keturunan, kepercayaan, adat tradisi, agama dan nilai-nilai kemasyarakatan yang sama. Setiap kabilah akan diketuai oleh seorang Sheikh dan mereka sering berpindah-randah.
Selain itu.mereka juga mengamalkan sistem perhambaan,oleh kerana itu wujud golongan hamba dan merdeka.
Seseorang itu boleh menjadi hamba melalui beberapa cara,sama ada :
- sebagai tawanan perang
- melalui jual beli
- kerana keturunan.
Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah
Dari segi sosial
Masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan,iaitu:
- Masyarakat Badwi
- Masyarakat Hadari
Oleh sebab kawasan penempatan mereka berbeza,maka,secara tidak langsung,cara hidup dan pencapaian masyarakatnya juga berbeza.Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama,sosial,ekonomi,kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti :
Tedapat empat bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah,iaitu :
- berjudi
- berzina
- meminum arak
- membunuh
- mencuri
- merogol
Mengikut fahaman mereka,seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk,menunjukkan mereka telah sempurna seperti lelaki.
Kedudukan wanita di dalam masyarakat Arab Jahiliah sangat rendah / hina. Mereka malu sekiranya mendapat anak perempuan. Hal ini jelas disebutkan dalam al-Quran, al-Nahl dan Surah. Kedudukan wanita yang dipandang rendah menyebabkan timbulnya amalan membunuh anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan. Sesetengahnya ditanam hidup-hidup.Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.
Dalam soal perkahwinan :
tidak ada peraturan khusus yang boleh dijadikan panduan oleh masyarakat.Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya.
Dalam Soal Ekonomi :
Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan.Sikap para peniaga pula lebih mementingkan keuntungan semata-mata.Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir juga merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam setiap kabilah.Selain itu,eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh orang berada.
Dalam Soal Agama :
- agama wathani (menyembah berhala)
- animisme (memuja alam seperti pokok)
- samawi (kristian dan yahudi)
- kepercayaan khurafat (seperti menilik nasib,sihir dan mempercayai roh orang mati menjadi burung.)
Berdasarkan catatan Al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut agama hanif.Setelah kira-kira 3500 tahun,penganut agama hanif telah melupakan ajaran ini secara beransur-ansur.Terdapat juga di kalangan mereka yang mencampuradukkan ajaran agama hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah.
Corak Kehidupan Masyarakat
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.Dalam sesebuah kabilah,ahlinya terdiri daripada suku tertentu dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan.Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang Syeikh yang juga merupakan lambang perpaduan kaum mereka.Pelantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan syarat-syarat tertentu.Antaranya ,bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai.Beliau juga mestilah berfikiran matang ,gagah,berani,dan pandai berpidato.
Amalan sistem kabilah ini telah mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat Arab Jahiliah.Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau dan tercetusnya perperangan dikalangan masyarakat.Kemunculan semangat assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.Dalam sistem kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikap pada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.
Selain itu,kemunculan sifat ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering kontang.Untuk meneruskan kehidupan,sesuatu kelompok kabilah Arab Jahiliah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama.Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan kehidupan hidup masyarakat Arab Jahiliah kucar-kacir dan tidak aman.Perkara ini sering kali menjadi punca persengketaan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.
Perperangan antara satu kabilah dengan satu kabilah yang lain akan berlaku walaupun atas sebab yang kecil.Perperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang sesama sendiri.
Ulasan :
Zaman jahiliyah adalah zaman dimana sebelum didatangkan Al-Quran,Masyarakat pada zaman ini juga hidup dalam kegelapan dan kebodohan(jahil).Corak kehidupan Masyarakat arab jahiliyah pada masa ini adalah, mereka hidup tanpa sebarang peraturan dan bebas melakukan jenayah.Masyarakat jahiliyah terbahagi kepada dua gologan iaitu hadari dan badwi,ini berlaku kerana geologi permukaan muka bumi. Masyarakat arab jahiliah mengamalkan kehidupan berpuak-puak yang menyebakan berlakunya permusuhan sesama sendiri,setiap puak perlu ada seorang pemimpin(sheikh) yang boleh dikatakan berilmu pengetahuan.Hasil ekonomi mereka diperoleh dengan sumber yang haram seperti merompak harta orang lain dan mengamalkan riba.Selain itu,mereka juga beranggapan kaum wanita hanya sebagai hamba nafsu dan hanya akan meyusahkan mereka,Berdasarkan artikel ini juga ,terdapat beberapa kategori perpecahan agama.Ada yang menyembah berhala,ada yang menyembah pokok dan sebagainya.Mereka berpegang pada agama masing-masing kerana pada masa ini tiada agama yang sahih.
Sekian dari saya.
Assalamualaikum w.b.t
Sumber : Pengajian sejarah islam tingkatan 4
Assalamualaikum w.b.t
Sumber : Pengajian sejarah islam tingkatan 4
No comments:
Post a Comment