Islam itu Indah

Islam itu Indah

Saturday, 20 September 2014

PENGENALAN KAJIAN BLOG

Assalamualaikum w.b.t.  


Syukur ke hadrat ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya.kami masih lagi dapat bernafas di atas dunia yang fana ini.Alhamdulliah di atas kesihatan tubuh badan yang sihat dan akal yang waras..yang dikurniakan olehNya….kerana nikmat inilah  kami sekumpulan  akhirnya dapat menyiapkan tugasan kajian blog yang diberikan oleh (Puan Nursaera ) selaku pensyarah AC 301 kami bagi semester3 ini.Terima kasih tidak terhingga kepada puan kami yang banyak memberi tunjuk ajar dalam masa kami semua  menyiapkan projek ini.Liku-liku yang kami dalam menyiapkan projek ini   takkan dapat di atasi melainkan  dari pertolongan  Allah SWT,Ibu bapa  kami,rakan seperjuangan kami ,serta pensyarah kami.


Kami sekumpulan telah memilih  beberapa topik untuk dijadikan bahan kajian bagi blog kami, antara topik yang kami kaji ialah.. :

  • Zaman jahilliyah
  • Zaman uthmaniyah 
  • Zaman ummayyah
  • Zaman abbasiyah
  • Tamadun awal
  • Isu-isu semasa
  • Tamadun awal di malaysia
  • Sumbangan tamadun.

.Di harapkan perkongsian ilmu yang  kami kongsi ini dapat memberi kesan positif  terhadap pemikiran masyarakat islam pada masa kini.




Akhir kata andai kami sekumpulan khilaf dalam menyampaikan ilmu ini..di harap di maafkan,,bagi yang mengenal kami secara luar dan secara maya.Ketahuilah yang buruk dari kami semua yang baik dan berguna itu  dari Allah SWT….SEKIAN WASSALAM….



OBJEKTIF BLOG




    UNTUK MELENGKAPAKAN TUGASAN YANG DIBERIKAN OLEH PENSYARAH



    • UNTUK MENIMBA ILMU PENGETAHUAN DALAM BIDANG  SEJARAH

  •  KETAMADUNAN  DUNIA YANG BERMULA DARI ZAMAN JAHILLLIYAH

  •   UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT TENTANG ZAMAN JAHILLIYAH DAN KEKEJAMAN SERTA PENYELEWENGAN YANG DI AMALKAN OLEH MASYARAKAT ARAB JAHILLIYAH




  •  UNTUK MEMBERIKAN KESEDARAN KEPADA UMAT ISLAM AKAN  CARA HIDUP MASYARAKAT ARAB JAHILLIYAH TIDAK DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT PADA MASA KINI.

  • UNTUK MEMBERI GAMBARAN KEPADA GENERASI PADA HARI INI TENTANG ZAMAN TERDAHULU.



  • MEJADI PANDUAN KEPADA UMAT ISLAM TENTANG KEKEJAMAN YANG BERLAKU PADA MASA TERDAHULU.

pengenalan kumpulan kami

Assalamualaikum w.b.t


Terdahulu kami dari kelas DNS3B:
Ahli kumpulan kami terdiri daripada 4orang iaitu:

NIK NUR ZULAIKHA BINTI NIK NAZMAN 19DNS13F1002





NUR SYAIDA BINTI YUSOFF 19DNS13F1012



NURUL SYAKILA AZWA BINTI MOHD NAZIR 19DNS13F1040




SITI NORAMIERA BINTI NOR@ MD NOR 19DNS13F1048.





                  OUR GROUP MEMBERS





Islamic Educational System in Kelantan, Malaysia: Traditional and Modern Approaches



Assalamualaikum w.b.t.....

I'm Nurul Syakila Azwa Binti Mohd Nazir,Matric Number 19DNS13F1040.Today i want tell you about Islamic Educational System in Kelantan, Malaysia: Traditional and Modern Approaches....Islamic education in Malaysia has grown over the years.There is no single agreement to which date it has started to develop in this country.There are several dates submitted by states.For example,in Selangor,Islamic Studies believed to have started at the end of the 19th century,based on some notes as presented by Frank W.Haines,the Selangor School Inspector(1894).He mentioned that there are 17 classes of the Qu'ran during the year under the supervision of the states Goverment at the time.It is also mentioned that islamic education flourished in Selangor during the time of the late Sultan Sulaiman Ala'eddin Shah,the 5 Sultan of Selangor(1898-1938).During histime,the religious schools received continuous support from the sultan and the schools develop very well.

Meanwhile,for the state of kelantan,the history of islamic education began much earlier,which is believed around the 16th century.Some believe it began even long before that,which is during the 12th century.This is according to the gold coin found in Kelantan,which has stated a date in Arabic "OVV",that is believed tomean the year of 577AH/1180CE.The coin has an inscription of "al-julus Kelantan"the word in Arabic which means the goverment of Kelantan...

Islamic Education in Kelantan is said to begin with studies in Royal Palace for the family of sultan and state government dignitaries,using books from makkah.this has continued in surau.the madrasah and mosques.However.this history is reffering to the informal islamic educations activities.it is more famous by educational researches that islamic education had started formally in the early 19th century until around the years 1945 in which thepublic schools were estabilised.These schools have to teach Arabic and Islamic education introduced by presenting subjects related to religion in their schools.Education system in Malay schools and religius schools are better in term of management and facilities,more manageable and more comfortable than with the tradisional pondok system.thus.religious schools started to get a place and the attension of the people to send their children to gig treasures of religious knowledge.





Kesimpulan:
The institution of Islamic education in the past in the mosque, palace and the home of the religious teacher,pondok and school play an immensely positive role in producing a Malay society which is aware of knowledge,particular about religion and satisfying the elements of modernization which can be shown with pride. In the contexts of the history of the Malay world, many western intellectuals make the connection that the process of modernization which emerged is caused by factors arising from British rule. This immediately rejects the argument that Islam left a positive influence on the Malay society,which was wrong. Hence, this study proved that Islamic Education has developed since the coming of Islam and it develops in Malay World thereafter.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut disini saya sertakan link kepada anda semua

http://www.idosi.org/mejsr/mejsr11(9)12/12.pdf


Kisah Jatuh Bangun Pemerintahan Islam Di Andalus

   Assalam..tajuk untuk saya (siti noramiera) pada kali ini ialah mengenai zaman bani umayyah. Thariq bin Ziyad merupakan tokoh zaman bani umayyah yang paling popular di ruangan minda minda para pengkaji sejarah tamadun.Oleh itu tajuk untuk projek saya pada kali ini ialah mengenai kegemilangan dan kejatuhan zaman pemerintahan islam di Andalus..dalam artikel tersebut menyebutkan tentang permulaan pemerintahan Thriq bin Ziyad hingga zamn kejatuhan..saya juga menyertakan link di bawah untuk pengetahuan yang lebih lanjut lagi..yang baik itu dari Allah yang kekurangan itu dari saya...sekian...selamt membaca..






      Kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad menguasai kota Andalus pada tahun 711M sehingga ke tampuk kerajaan “Nasriyyah” atau “Bani Ahmar” yang mengakhirinya pada tahun 1492M, pernah melakarkan catatan pemerintahan Islam yang hebat. Tempoh tersebut hampir mencapai lapan abad! 800 tahun, suatu jarak yang seharusnya menjadi renungan buat masyarakat Islam di seluruh dunia.


    Tempoh tersebut membuktikan betapa kemunculan Tamadun Barat ada kaitannya dengan kecemerlangan Tamadun Islam yang telah terbina di Andalus. Ketika itulah dikatakan bahawa zaman intelektual berkembang megah dengan munculnya tokoh-tokoh Islam kawakan seperti Ibn Hazm (994M-1064M), Ibn Rushd (1126M-1198M), Ibn Bajjah (1082-1138M), Ibn Zuhr (1091-1162M) dan ramai lagi. Termasuklah golongan elit Kristian yang dipimpin oleh filosof terkenal Thomas Aquinas (1225M-1274M) dan Maimonides (1135M-1205M), seorang ahli teologi yang pernah terkenal di Andalus ketika pemerintahan Islam, sedangkan beliau berbangsa Yahudi.

    Kejayaan Islam membina ketamadunan di Andalus, sesungguhnya sesuatu yang sangat mengkagumkan. Lebih memberi kesan jika ia turut ditinjau dari aspek perkembangan dan kejatuhan Andalusia itu sendiri demi mencari kesimpulan yang baik oleh kita semua.

     Secara integral, para sejarawan bersepakat menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Andalusia adalah di bawah pimpinan Tariq ibn Ziyad. Beliau adalah tokoh Islam terkenal telah memimpin pasukan tenteranya mengharungi Gibraltar (asalnya Jabal Tariq) yang memiliki kedudukan strategik pintu gerbang para pedagang antarabangsa, di mana para pedagang lazimnya menggunakan laluan tersebut bagi mengharungi lautan Atlantik dan Mediterranian.



     Sebelum pembukaan Islam, wilayah Andalus dimonopoli secara rakus oleh golongan bangsawan (noble lord) sehingga berlaku penindasan terhadap golongan bawahan. Krisis ini menyebabkan ramai rakyatnya yang tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran negara mereka. Kesannya menyebabkan banyak tanah pertanian terbiar beku, industri-industri terpaksa ditutup dan ia sekaligus melumpuhkan ekonomi Andalus.

    Menyedari kepincangan itu, Gabenor “Visigothic” (Visigoth) iaitu Count Julian berpaling tadah dan menentang Raja Don Roderick, beliau turut bekerjasama dengan Tariq ibn Ziyad untuk mengembalikan keadilan di wilayah tersebut. Pendirian Julian itu juga diriwayatkan ada kaitannya dengan tindakan Don Roderick yang merogol isteri dan anak perempuannya.

  Tariq ibn Ziyad memimpin pasukan Islam hanya berjumlah 7000 orang, berdepan pula dengan tentera Don Roderick yang berjumlah seramai 100 000 orang. Lalu bagi meningkatkan semangat pasukan tenteranya di perlawanan yang tidak seimbang ini, dikatakan bahawa Tariq ibn Ziyad mengarahkan agar kapal mereka dibakar sambil digambarkan beliau berpidato;

"Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian akan lari? Demi Allah, yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran..."

    Kalimat tersebut dikobarkan oleh Tariq ibn Ziyad bagi menaikkan semangat pasukan tentera Islam dan akhirnya tercatat dalam sejarah penyebaran Islam ke Andalus. Walau bagaimanapun ia diragui oleh sesetengah pengkaji terutama hal yang melibatkan pembakaran kapal kerana usaha menakluk Andalusia pada peringkat pertama melalui jalan laut sebenarnya dirintis awal oleh Tarif ibn Malik atau dikenali Abu Zurah bin Malik al-Nakha'ei.

   Tarif yang mula-mula bersama kekuatan pasukan armada laut bagi meraih jalan ke arah penaklukan Semenanjung Iberia itu. Hal itu telah mendorong Gabenor Qayrawan, Musa ibn Nusair dan seterusnya Tariq ibn Ziyad bergerak bersama demi menakluk Andalus. Oleh itu ada keraguan bagi Tariq mengarahkan kapal dibakar kerana sepatutnya Tarif yang lebih layak memerintahkan begitu. Kerana Tarif memimpin kekuatan armada, sedangkan Tariq memimpin kekuatan artileri.




    Kemenangan tentera Islam menguasai medan Gibraltar telah membuka ruang untuk pasukan Islam terus menguasai Andalus sehingga Tariq dapat meneruskan penguasaan ke Cordova dan Toledo. Kemenangan demi kemenangan dapat dicapai oleh tentera Islam dalam usaha melebarkan kerajaan Islam di bumi Eropah termasuk Bandar Zaragoza, Leon, Malaga, Sevilla dan beberapa buah bandar lain.

    Sejak dari itu, Islam mula tersebar luas ke seluruh Andalusia dan bermulalah penguasaan Bani Umayyah di Andalus. Khalifah Bani Umayyah yang berpusat di Dimashq telah mewakilkan beberapa orang Gabenor untuk mentadbir Andalus. Seramai 20 orang Gabenor telah mentadbir Andalus dari tahun 718-756M. Gabenor yang pertama ialah Abdul Aziz ibn Musa ibn Nusayr dan yang terakhir ialah Yusuf ibn Abdul Rahman al-Fihri.

    Apa yang menarik untuk diperhatikan sejarah pemerintahan Andalus ini ialah pemerintahannya kekal di bawah penguasaan kerajaan Bani Umayyah, walaupun kerajaan Bani Abbasiyah telah mula bertapak dan berpusat di kota Baghdad bermula pada tahun 132H/ 750M. Ini bermaksud, walaupun kerajaan Islam yang memimpin majoriti umat Islam sudah beralih kepada Bani Abbasiyah, namun Andalus terus diungguli oleh para pemerintah dari kelompok Umayyah.

    Fakta sejarah mengakui bahawa sebelum Islam membuka Andalus, masyarakat Kristian Eropah hidup di dalam kejahilan dan kegelapan pimpinan Roderick. Lantas, usaha-usaha dilakukan oleh pemerintah Islam di Andalus telah memberikan impak positif sehingga Barat kemudiannya dapat membina tamadun mereka yang membanggakan pada hari ini.

    Pada peringkat awal, pemerintah Islam berjaya mengawal masyarakat di Andalus walaupun mereka mempunyai pelbagai latar belakang. Ada di kalangan mereka berbangsa Yahudi, Barbar, Islam, Kristian dan lain-lain. Kecemerlangan dapat dicapai apabila masyarakat berbilang kaum ini dapat dijaga dengan sempurna. Namun, antara punca kejatuhan kerajaan Islam Andalusia ini juga turut disebabkan oleh kepelbagaian budaya yang merenggangkan hubungan erat sesama mereka. Fahaman racist yang menebal akhirnya mengakibatkan Andalus turut menjadi lemah.

     Sebenarnya pemerintahan Islam di Andalus berjaya menjamin hak-hak asasi kaum lain sehingga mereka boleh membantu dalam usaha meninggikan tamadunnya. Gambaran ini dapat difahami menunjukkan bahawa perpaduan antara kaum berasaskan jaminan terhadap hak-hak kaum minoriti sebenarnya mampu mewujudkan kestabilan selagi mana ia tidak bertentangan dengan akhlak Islam. Oleh sebab itu, kita dapat menyaksikan tamadun Islam Andalus menguasai dunia dan meniti di bibir umat manusia.

    Namun begitu, seakan sudah menjadi lumrah zaman bahawa di sana ada kitaran ketamadunan seperti yang dibicarakan oleh Ibn Khaldun di dalam "Muqaddimah"-nya sebagai sunnatuLlah. Kitaran ketamadunan yang dibicarakan Ibn Khaldun di dalam kitabnya, dan pernah dikembangkan lagi oleh Syeikh Rashid Redha sebagai sunanul kawniyah, menyebabkan kita berfikir bahawa segala apa yang berada dipuncak pasti akan melalui tempoh kejatuhan.





   Kitaran inilah yang turut melanda Andalus sehingga kejayaan yang dibina semakin lama semakin menyusut dan menunjukkan ketidakmampuan untuk dipertahankan. Apa yang dimaksudkan ialah ketidakmampuan untuk mempertahankan penguasaan Islam di sana dari sudut prestasi politik pentadbiran, bukannya dari sudut kecemerlangan intelektual dan fizikal.

Kejatuhan Andalus tidak berlaku sekelip mata, tetapi melalui proses yang panjang. Sayangnya, tiada dikalangan pemimpin umat Islam ketika itu yang berjaya mempertahankan Andalus. Tiada Salahuddin Al Ayubi, tiada Saifuddin Qutuz, dan tiada Muhamad Al Fateh. Bibit-bibit kejatuhan bermula setelah pemerintahan Andalus dijuzukkan kepada kerajaan-kerajaan kecil.

Andalusia yang diperintah oleh satu kerajaan, satu khalifah, berpecah menjadi 20 buah kerajaan kecil. Pembentukan kerajaan-kerajaan kecil ini turut dikenali sebagai Muluk al-Tawa'if, ia wujud disebabkan semangat puak, sikap fanatik terhadap bangsa. Mereka tidak langsung berpegang kepada semangat Ukhuwwah Islamiyah dan seakan menjurus kepada ketuanan kaum sesama sendiri.



     Fenomena ini berlaku setelah pucuk pimpinan di Cordova menghadapi masalah dalaman iaitu bergaduh dan bercakaran, malah ada yang saling menindas untuk merebut kuasa khalifah dan penguasaan wilayah. Akibatnya, Cordova yang masyhur di dalam Bahasa Arab sebagai "al-Qurtubah" akhirnya menjadi bandar yang terakhir jatuh sepenuhnya ke atas Raja Ferdinand. Ia berlaku pada zaman pemerintahan terakhir Andalus di bawah Bani al-Ahmar yang menguasai wilayah terakhir di Granada dari tahun 620H-897H. Penyerahan wilayah terakhir ini terpaksa dilakukan demi menyelamatkan maruah pemerintah Islam di bawah pimpinan Abu Abdullah daripada digulingkan dengan cara yang lebih teruk.

    Ketika Bani Ahmar memerintah Andalusia, wilayah pemerintahan mereka sudah gugup dan menguncup, tidak lagi sepertimana pada zaman kegemilangan pemerintahan Abdul Rahman III. Secara khusus, pemerintahan mereka hanya melibatkan wilayah Granada sahaja yang menjadi daerah terletaknya istana yang masyhur iaitu istana Al-Hamra' atau dalam bahasa Sepanyol hari ini lebih dikenali sebagai al-Hambra.

    Berlaku perselisihan keluarga dalam hal mewarisi kepimpinan, pergolakan anak-beranak diraja berlaku dan seterusnya melemahkan lagi pemerintahan Islam di Granada. Sikap Abu Abdullah yang hilang pertimbangan dan tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta yang diputuskan oleh bapanya, menyebabkan beliau memberontak sehingga sanggup mengorbankan nyawa bapanya. Namun, takhta pemerintahan tetap tidak menyebelahi Abu Abdullah.




     Tetapi kerakusan Abu Abdullah tidak padam, bahkan perancangan dibuat dalam bentuk kerjasama dengan Raja Ferdinand untuk merampas kembali takhta pemerintahan. Rampasan itu berjaya, ringkasnya Abu Abdullah dapat menduduki takhta tetapi bagi jangkamasa yang relatif disebabkan tekanan dari Ferdinand untuk mendapatkan habuan. Habuannya tidak lain tidak bukan ialah penyerahan wilayah Granada kepada kerajaan Ferdinand, lantas masyhurlah Ferdinand yang beristerikan Isabella itu sebagai satu-satunya raja yang berjaya menumbangkan kerajaan Islam di Andalus.

    Kejatuhan Andalus rupanya adalah kelemahan pemerintahan sanggup menggadai prinsip demi mendapat bantuan sokongan untuk menduduki takhta yang hanya mampu dicapai buat sementara waktu sahaja. Selain itu ia turut disebabkan beberapa faktor internal dan eksternal, iaitu :

    Tiada mekanisme dalam mencari pengganti yang layak untuk meneruskan pemerintahan di Andalus. Kebanyakan mereka hanya mewariskan kepimpinan melalui sistem monarki yang pada waktu itu sudah korup, tiada akauntibiliti dan hilang integriti di mata rakyat.Tiada wala' terhadap khalifah yang sah mentadbir kerajaan. Masing-masing menyimpan hasrat untuk menguasai wilayah pemerintahan sehingga berlaku perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.

      Tiada kesepakatan (wehdatul fikri dan wehdatul amal) dalam mentadbir wilayah yang dikuasai sehingga wujud perbezaan pemerintahan antara satu wilayah dengan wilayah yang lain.
Perbezaan fikrah yang wujud sehingga hilang adabul ikhtilaf di kalangan mereka, lalu perbezaan tersebut banyak membawa jatuh-menjatuhkan, runtuh-meruntuhkan dan kurang usaha untuk bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati. Wujudnya golongan yang ingin menghancurkan mereka dari dalam seperti golongan yang ingin bekerjasama dengan musuh tanpa mengambil kira untuk memperkuatkan ikatan dalaman sesama mereka.

 
kesimpulan:


   Kesan daripada faktor-faktor inilah umat Islam dibunuh atas restu Pope dan ada yang dihalau keluar dari Andalusia, bahkan ada di antara mereka yang terus diperangi lagi dan lagi walaupun sudah bersedia keluar dari Andalusia. Musibah ini turut terpalit kepada kaum Yahudi, di mana tiada kuasa yang boleh melindungi mereka setelah kerajaan Islam menjadi lemah seterusnya runtuh.Oleh itu pentingnya sistem pemerintahan yang berdasarkan landasan  islam tanpa menyimpang ke arah yang berlawanan..........




link:  http://www.tarbawi.my/2013/06/kisah-jatuh-bangun-pemerintahan-islam.html
penulis: Mohd Azmir bin Maideen.

Saturday, 6 September 2014

The History of the Muslim Naval Army During the ‘Abbasid Era

Assalamualaikum w.b.t...
Ini merupakan tugasan saya yang kedua setelah saya telah berjaya menyiapkan tugasan pertama saya yang bertajuk "Rahsia Tersembunyi Di Sebalik Piramid Mesir Purba".Untuk tugasan dalam bahasa inggeris kali ini saya telah memilih tajuk "The History Of The Muslim Naval Army During The 'Abbasid Era.Saya akan menerangkan secara ringkas mengenai tajuk ini.



Ringkasan Kajian..

Semenanjung Arab dikelilingi oleh tiga laut, Teluk Parsi di timur, Lautan Hindi dan Laut Merah di selatan. Wilayah subur dan menggembalakan di Semenanjung Arab, Yaman, Hadramaut, Oman dan Bahrain di sepanjang pantai, biasanya menjadi penting sebagai pusat pertukaran. Kebanyakan penduduk Arab thisterritory berminat untuk hidup sebagai pelancong dan berharap untuk menjadi peniaga dan juga pelaut yang besar. Oleh itu, theinhabitants Saba (orang Sabaea) Yaman dinikmati tanah pantai subur berharga yang telah dibangunkan oleh tradingactivities dengan India (Fahmy, AM, 1966). 




Peta Dunia Abbasiyya

Selepas krisis pemberontakan menentang Empayar Umayyah, pusat kerajaan beralih daripada Sham ke Iraq. Oleh itu, ekspedisi tentera laut dari Sham dan Iraq terhadap Constantinoplewas dihentikan dan bandar modal telah terlepas daripada ancaman dari timur Mediterranean. 'Abbasid Kingdomwas kuasa besar bertentangan dengan peperangan Byzantine, dan kerap telah diperjuangkan di antara mereka setiap tahun (peperangan sempadan) .The' Abbasid kedaulatan yang dikendalikan tentera laut mereka dari Taurus manakala kerajaan Byzantin telah berpangkalan di pelabuhan Cibyrrhaeot dan Samian (Fahmy, AM , 1966).



contoh foto
Pada tahun pertama pemerintahan Khalifah al-Mu'tasim, terdapat pertempuran wereseveral dengan Byzantine, yang berakhir dengan kekalahan berat Byzantine pada tahun 223 AH / 838 AD inAmorium.
Di samping itu, penaklukan Sicily dan Crete oleh tentera laut Islam berlaku di barat dalam sameyear itu. Maharaja Theophilus terpaksa meminta untuk tetulang dari kuasa lain, iaitu, dari Louis yang Alim, yang telah menghantar tentera laut untuk menyerang Syam dan Mesir. 

contoh  foto

Pada tahun ini, 839 Masihi, Maharaja Theophilus diperolehi thereinforcement tetapi tidak membuat apa-apa keuntungan (Fahmy, AM, 1966). Dalam sejarah Islam, kedaulatan dan politicalstability kerajaan yang berkait rapat dengan tentera yang cekap dan urus tadbir yang baik. Ini clearlyevident dari pencapaian kejayaan Nasrid Kingdom pada Granada (Jamsari, EA, 2011) dan theMarinid Kingdon di Fas (Jamsari, EA, 2012) dalam 13 ke 15.Artikel abad ADThis bertujuan melihat pencapaian 'tentera Abbasiyyah daripada 8 hingga 10.Abad AD Inaddition, artikel ini juga mengenalpasti penubuhan tentera, ciri-ciri tentera dan 
tentera laut, dan thetypes peperangan dan pemberontakan yang berlaku pada masa itu.







Tentera Zaman Abbasiyyah





Kesimpulan


Serangan dan penaklukan di perairan Laut Mediterranean dan Laut Marmara menunjukkan the'Abbasid tentera laut adalah kuasa utama masa itu. Ia mempunyai senjata canggih dan peralatan dan crew.This besar telah membolehkan 'khalifah Abbasiyyah untuk melancarkan serangan di pulau-pulau dalam perairan wilayah Byzantine. Theaim serangan ini adalah untuk menyatukan kuasa pemerintahan 'Abbasiyyah kedaulatan dan membuat keupayaan sebenar realizethe Byzantine tenaga tentera lautnya.


 Oleh itu, selepas kemenangan diperolehi, Byzantine akhirnya sedar dan diiktiraf kedaulatan Abbasiyah. Ini dapat dilihat semasa pemerintahan Khalifah al-Mahdi yang menghantar beliau sonHarun al-Rashid kepada Marmara Sea, yang akhirnya dalam perjanjian dengan Irene, Byzantine bersetuju untuk membayar hadiah atau penghormatan kepada Khalifah.

Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci disini saya sertakan link kepada anda semua.


Link: http://www.academia.edu/4694433/The_History_of_the_Muslim_Naval_Army_During_the_Abbasid_Era

Penulis : Adibah SM
*Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan maklumat kepada anda semua...Sekian*(^_^)

Friday, 5 September 2014

Rahsia Tersembunyi Di Sebalik Piramid Mesir Purba



Assalamualaikum w.b.t.Saya Nur Syaida Binti Yusoff.Saya telah memilih tajuk kajian saya mengenai Tamadun Awal Mesir Purba sebagsi tugasan saya untuk semester ini.Tajuk ini membincangkan tenteng Rahsia Tersembunyi Di Sebalik Piramid Mesir Purba.Antara perkara yang dibincangkan ialah Piramid Mesir Merupakan Loj Tenaga Raksasa Yang Menjana Sumber Elektrik,Bagaimana piramid menggerakkan medan elektromagnet bawah tanah menerusi bantuan akuifer?,Untuk tujuan apakah elektrik digunakan oleh masyarakat Mesir?,Piramid Tidak Di gunakan Sebagai Makam, dan Adakah masyarakat Mesir purba satu-satunya golongan yang mengguna pakai teknologi elektrik tanpa wayar?.Terdapat pelbagai persoalan yang timbul mengenai rahsia disebalik piramid mesir purba.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut disini saya sertakan link untuk anda mengetahui dengan lebih lanjut (^_^)..




Penulis :Awang Henapi Abdul Kadir
Tarikh dan masa dikeluarkan : 2013-01-28 19:22:14
link : http://ms.harunyahya.com/ms/Artikel/157451/rahsia-tersembunyi-di-sebalik-piramid





PIRAMID MESIR MERUPAKAN LOJI TENAGA RAKSASA YANG MENJANA SUMBER ELEKTRIK



1. Salutan luar Piramid Agung Giza dilitupi dengan batu kapur tufa putih, direka bentuk dengan tahap kepadatan yang tinggi sehinggakan sebilah pisau cukur sekalipun tidak dapat mencelah di antara batuan. Batu kapur tufa putih ini tidak mengandungi magnesium dan memiliki sifat penebatan yang tinggi. Ciri-ciri ini menghalang elektrik di dalam piramid daripada dibebaskan tanpa kawalan.



2. Blok batuan yang digunakan di bahagian dalam piramid diperbuat daripada sejenis batu kapur yang mengandungi Kristal, berfungsi sebagai alat pengalir elektrik yang tinggi dan sejumlah kecil logam digunakan untuk membenarkan pemindahan tenaga secara maksimum. Ruang laluan di dalam piramid juga dijajari dengan granit. Granit merupakan bahan radioaktif ringan yang membenarkan pengionan udara di dalam ruang-ruang tersebut.



Apabila anda memerhatikan kabel elektrik yang diselaputi dengan bahan penebat, kita mendapati bahawa bahan pengalir dan penebat yang digunakan mempunyai ciri persamaan seperti dalam pembinaan piramid.



3. Ciri-ciri pengalir dan penebat yang ada pada piramid merupakan salah satu contoh teknik kejuruteraan yang sempurna. Walau bagaimanapun, sumber tenaga diperlukan bagi menjana tenaga elektrik.



Plateau Giza merupakan salah satu piramid yang direka khas dengan dipenuhi sistem saluran air bawah tanah. Pembinaan pyramid ini menggunakan lapisan batuan khas yang bertujuan sebagai alat perantara tenaga elektrik ke bahagian atas semasa proses pemindahan air bawah tanah ke permukaan, proses ini dikenali sebagai “AKUIFER”. Arus deras Sungai Nil yang melalui akuifer tersebut menghasilkan tenaga elektrik. Teknik ini dikenali sebagai fisio-elektrik.



Ruangan bawah tanah piramid berfungsi sebagai konduktor granit yang dibina di dalam batuan dan dicas menggunakan teknik fisio-elektrik. Arus elektrik ini kemudianya dialirkan secara langsung ke bahagian atas bilik bawah tanah yang dilitupi granit. Granit merupakan pengalir elektrik yang sangat baik.



Medan elektromagnet yang dibentuk di bahagian bawah piramid disalurkan ke lapisan atas piramid dalam bentuk berpusat. Di puncak piramid, terdapat tetopi emas yang merupakan pengalir elektrik yang sangat baik. Bahagian ini sudah tidak wujud lagi pada masa sekarang. Ini bermakna bahagian atas piramid telah kehilangan struktur geometrinya yang sempurna. Tetopi emas ini membantu pengaliran ion-ion negatif ke ionosfera. Melalui cara ini, maka arus elektrik pun terhasil.





CONTOH FOTO

Bagaimana piramid menggerakkan medan elektromagnet bawah tanah menerusi bantuan akuifer?



Satu teknologi yang seumpama ini, diaplikasikan di Mesir pada 5,000 tahun dahulu, juga telah digunakan oleh Nikola Tesla, seorang perekacipta teknologi elektrik pada awal tahun 1900, di sebuah menara yang dibina di Amerika.



Tesla, pencipta teknologi elektrik asas seperti arus, enjin elektrik, radio, laser dan radar, juga dalam masa yang sama berjaya menghantar bunyi dan gambar di antara benua di menara Wardenclyffe yang dibangunkannya di antara tahun 1901 dan 1917. Beliau tidak menggunakan sumber elektrik luaran, malah mengaplikasikan teknologi pemindahan tenaga tanpa wayar.



Tesla juga telah membina menaranya itu di atas akuifer dan menyahcas ion-ion negatif daripada akuifer ke menara. Teknologi elektromagnet yang digunakan dalam menara terkenal Tesla ini sama dengan medan elektromagnet yang ditetapkan dalam pembinaan piramid. Kedua-dua sistem menjana ion-ion negatif dan mengalirkannya tanpa memerlukan kabel elektrik.



Untuk tujuan apakah elektrik digunakan oleh masyarakat Mesir?



Ukiran relif jelas menunjukkan bahawa masyarakat Mesir menggunakan lampu suluh bermentol yang dijana dengan satu sumber elektrik tanpa wayar. Mentol-mentol ini mengingatkan kita kepada penerangan Nicola Tesla untuk menunjukkan bahawa arus elektrik yang diciptanya adalah selamat.



Di Pesta Sedunia Chicago pada tahun 1893, Tesla memindahkan arus elektrik melalui badannya untuk menyalakan mentol di tangan beliau tanpa menggunakan kabel elektrik.



Ukiran relif ini menunjukkan antena tanpa wayar. Masyarakat Mesir purba telah menggunakan antena dan tenaga tanpa kabel untuk komunikasi tanpa wayar.



Ukiran di bahagian kiri menunjukkan sebuah pemancar, dan sebuah penerima di sebelah kanan. Bukti ini menunjukkan bahawa masyarakat Mesir telah menggunakan tenaga tanpa wayar secara percuma untuk tujuan komunikasi.



Ukiran relif ini menunjukkan satu kemudahan yang dapat menghasilkan tenunan. Benang yang digunakan oleh masyarakat Mesir untuk membuat fabrik pada masa tersebut adalah sehalus pakaian yang dihasilkan oleh mesin pembuatan masa kini. Tenaga elektrik juga digunakan dalam kilang tenunan mereka.



Terdapat banyak objek emas tinggalan Mesir kuno sebenarnya disaluti emas dengan teknik yang sangat halus. Saduran emas yang sesempurna itu, memerlukan penggunaan elektrik.



Ukuran elektromagnetik keseluruhan yang dibuat di sekitar Piramid Agung Giza adalah sama dengan sukatan yang dibuat semasa berlakunya ribut guruh dengan petir. Terdapat medan elektromagnet yang kuat di sekitar Piramid Agung Giza. Ini dapat diperhatikan melalui satu eksperimen mudah. Apabila seseorang berdiri di atas piramid dengan memegang botol yang dibaluti kain lembap, cetusan api terpercik keluar dari botol, seolah-olah dia berada di atas satu gelendong bervoltan tinggi.




CONTOH FOTO





PIRAMID TIDAK DIGUNAKAN SEBAGAI MAKAM


Piramid selalu digambarkan sebagai makam para firaun. Namun pada hakikatnya, tiada inskripsi sedemikian yang tercatat pada koridor Piramid Giza. Ini membuktikan bahawa piramid merupakan sebuah bangunan yang berfungsi, bukannya makam.



Sebuah peti batu kosong yang besar telah ditemui di bahagian paksi pusat piramid, kawasan yang dinamakan sebagai Dewan Raja oleh ahli arkeologi. Mereka mendakwa bahawa peti ini dahulunya menempatkan keranda firaun, tetapi kini kosong kerana telah dicuri. Namun penelitian ke atas dimensi peti batu dan lokasinya mendedahkan hal yang lebih menarik. Di situlah struktur konduktif piramid yang hilang, dan keseluruhan rekabentuknya menyokong hal berkenaan. Jika satu bahan superkonduktif dipasang di sini, piramid mampu mengeluarkan elektrik yang cukup untuk seluruh Mesir. Superkonduktor ini dipercayai merupakan Tabut Perjanjian, yang diketahui telah berada di Mesir pada zaman purba, dan dimensinya amat bersesuaian dengan saiz peti batu kosong tersebut.



Nabi Musa (as) pernah diterima oleh Firaun dan berdasarkan rekod sejarah, baginda diangkat sebagai pentadbir kerana nilai moral, kecerdasan dan keupayaannya yang tinggi. Salah satu fasa dalam latihan kepimpinan di Mesir purba adalah pengajaran semua rahsia Mesir dan ilmu tenaga. Sebagai tambahan kepada sifatnya yang lain, terdapat juga pelbagai rujukan tentang Tabut Perjanjian yang bertindak sebagai kapasitor, dan bahawa ia adalah sumber tenaga Mesir. Nabi Musa (as) dipercayai telah membawa Tabut Perjanjian bersamanya sewaktu meninggalkan Mesir. Menurut rekod sejarah, salah satu sebab Firaun mengejar Nabi Musa (as) sehingga ke saat-saat terakhir, dan berusaha untuk menangkap baginda pada harga berapa sekalipun, ialah Tabut Perjanjian kerana Firaun sangat maklum bahawa semua kegemilangan dan keagungan Mesir akan punah tanpa elektrik.



Rujukan sejarah juga menunjukkan bahawa tamadun Mesir mencapai kemuncaknya semasa pemerintahan Ramses II, yang hidup sezaman dengan Nabi Musa (as). Tetapi tamadun tersebut runtuh dalam tempoh kurang daripada 10 tahun selepas pentadbiran Ramses II, sehinggakan Giza terus diabaikan. Bandar Giza yang dahulunya merupakan pusat tamadun dunia kekal sepi sehinggalah dinasti lain menetap di situ.



Adakah masyarakat Mesir purba satu-satunya golongan yang mengguna pakai teknologi elektrik tanpa wayar?


CONTOH FOTO
Ukiran timbul yang ditinggalkan oleh masyarakat Maya dan Assyria juga menggambarkan teknik sama dengan apa yang digunakan dalam piramid.

Semua maklumat ini sekali lagi membuktikan bahawa tidak ada orang dan masyarakat primitif pada masa lalu, sebagaimana yang cuba dimainkan oleh golongan evolusionis. Dari segi ketamadunan, masyarakat yang lebih atau kurang maju telah hidup bersebelahan sepanjangmasa dalam sejarah. Sebuah masyarakat yang wujud beribu-ribu tahun yang lalu telah menikmati teknologi yang jauh lebih maju berbanding dengan mereka yang hidup dalam abad ke-20. Dan ini menunjukkan kepada kita bahawa pembangunan bukanlah sebahagian daripada proses evolusi, atau dalam erti kata lain, tidak ada kemajuan linear dari tahap tamadun primitif kepada yang lebih maju dalam sejarah.






CONTOH VIDEO



Kesimpulan :



Terdapat pelbagai lagi rahsia yang tersembunyi disebalik piramid mesir purba ini.Antaranya salutan luar piramid agung giza diliputu dengan batu kapur tufa putih.Untuk pengetahuan anda batu kapur tufa putih ini tidak mengandungi magnesium dan memiliki sifat penebat yang tinggi.Ciri-ciri pengalir dan penebat yang ada pada piramid merupakan salah satu contoh teknik kejuruteraan yang sempurna. Walau bagaimanapun, sumber tenaga diperlukan bagi menjana tenaga elektrik.

Selain itu,Tesla, pencipta teknologi elektrik asas seperti arus, enjin elektrik, radio, laser dan radar, juga dalam masa yang sama berjaya menghantar bunyi dan gambar di antara benua di menara Wardenclyffe yang dibangunkannya di antara tahun 1901 dan 1917. Beliau tidak menggunakan sumber elektrik luaran, malah mengaplikasikan teknologi pemindahan tenaga tanpa wayar.

Disamping itu,kejayaan seterusnya ialah Ukiran relif jelas menunjukkan bahawa masyarakat Mesir menggunakan lampu suluh bermentol yang dijana dengan satu sumber elektrik tanpa wayar.Ukiran relif ini menunjukkan antena tanpa wayar. Masyarakat Mesir purba telah menggunakan antena dan tenaga tanpa kabel untuk komunikasi tanpa wayar.Seterusnya,Piramid juga selalu digambarkan sebagai makam para firaun. Namun pada hakikatnya, tiada inskripsi sedemikian yang tercatat pada koridor Piramid Giza. Ini membuktikan bahawa piramid merupakan sebuah bangunan yang berfungsi, bukannya makam.


Diharapkan perkongsiann ini dapat memberikan maklumat kepada anda..Sekian